Jumaat, 23 Mac 2012

CALON SUAMI SOLEH ACUAN AL-QURAN


Kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji-Nya pasti"
Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan..

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim & sayangnya yang tak kekal lama,
kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami,
pilihlah seorang lelaki yang..

1-KUAT AGAMANYA
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya.
Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah.
Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.
Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN AGAMA
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti & maruahnya sebagai 
seorang Islam.

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, 
lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara.
Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang,
tetapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli keluarganya.
Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."



.The Beauty of Islam.

Selasa, 20 Mac 2012

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Al-Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal bin Rabah & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin.

Khas buat Ibu & Ayah:
Ibu Ayah merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini  diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Ibu & Ayah adalah amanat dari Allah yang perluku jaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.


Ibu Ayah,
ku mohon maaf andai diriku masih belum tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Saya miskin harta & tak punya apa. Tetapi, apa yangku ada hanyalah, Allah SWT. Dia kaya & Dia ada segalanya untuk apa yangku tak punya. Kuberdoa moga Ibu Ayah sentiasa berada di dalam lindungan, penjagaan, kasih sayang, cinta & redha Ilahi hingga ke akhirnya. Hanya doa yang mampu kukirimkan tanda ingatan & kasih sayang yang tulus berpanjangan & tiada bertepian.

Ibu Ayah,
Andai diri ini pergi dahulu sebelum Ibu & Ayah, redhailah permergianku. Halalkan segalanya atas segala yang belum kubalasi. Jangan sesekali ditangisi kerana itulah ujian Ilahi tanda Ibu Ayah dicintai Rabbi. Kasih sayang & cinta kalian berdua terhadapku, kudoakan moga dibalas dengan kasih sayang & cinta Ilahi yang abadi. Doakan moga diriku tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Moga Syurga yang Abadi menjadi saksi pertemuan kita kembali setelah berpisahnya jasad kita di dunia yang fana'..
Amiin Ya Rabbal Alamiin
Yang merindu & dirindui,
Anakmu.. 


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya & Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina & terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk & duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?"
kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.




Babi itu dibersihkan & dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan & dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering & dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.



"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.



Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,



aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan.



Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.



Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.



"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.



Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah & ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Allah SWT berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjutan dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Al-Israa', 17: 23)


Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (Muhammad):
“Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu:
Janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan apa pun,
berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa,
janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana miskin.."
(Al-An'am, 6: 151)




Khamis, 15 Mac 2012

CERMINKAN DIRI KITA

  • CERMINKAN DIRI KITA

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..



Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. Dari Anas ra. berkata : "Rasulullah saw. adalah orang yang paling baik budi pekertinya." (Riwayat Bukhari & Muslim)Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu & berazamlah tidak mengulanginya lagi.


  • Syukur di dalam nikmat & sabar di dalam ujian mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dilaksanakan.
  • Allah Taala berfirman :
    "Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah : 155)

Kesenangan & kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan & kelalaian. Kesusahan & penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan & putus asa, kecuali orang yang mu'min.
  • Allah Taala berfirman :

    "Janganlah kamu memalingkan mukamu dari sesama manusia & janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
    (Luqman : 18)

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang lain, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur & tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 
Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tetapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
  • Allah Taala berfirman :
    "Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
    (Al-Imran : 134)

Tahu diri kita hamba, itu adalah ilmu. Merasa diri kita hamba, itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadu', malu, khusyu', takut, hina & lain-lain lagi sifat kehambaan. 

 Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.



  • Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tetapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.
  • Dari Ibnu 'Umar & 'Aisyah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda :
    "Malaikat Jibril senantiasa berpesan kepadaku untuk selalu berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan ikut mewarisinya."
    (Riwayat Bukhari & Muslim)

    • Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Na'uzzubilah ..

Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi,
maka awasilah kerana bila-bila masa sahaja kau akan ke bawah


Namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah,
percayalah bila-bila masa pun akan kau akan berada di atas


Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha


Ingatlah bahawa kabus itu memang gelap,
tapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila munculnya sang mentari
-Mohamed Al-Fateh, Pemerintah Kota Constantinople-

The Beauty of Islam.

Ahad, 12 Februari 2012

Ciri-Ciri Seorang Isteri Solehah


Apakah anda benar-benar faham apa itu ‘Zaujah Solehah’ atau Isteri Yang Solehah?

Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.


Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim. Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim:  Siapakah kamu?
Menantu:  Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim:  Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu:  Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim:  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim:  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya  menceraikan isterinya).
Menantu:  Ya, baiklah.
.
Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri:  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail :  Apa jawapanmu?
Isteri:  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail:  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri:  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.
Nabi Ismail:  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah kau kepada keluargamu.
.
Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut, tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang  luar.
.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi  Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
.
Nabi Ibrahim:  Di mana suamimu?
Menantu:  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim:  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu:  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim:  Baguslah kalau begitu.
Menantu:  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan.
Nabi Ibrahim:  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu:  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim:  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim:  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).
.
Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
.
Nabi Ismail:  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri:  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail:  Apa katanya?
Isteri:  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail:  Apa jawapanmu?
Isteri:  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.
Nabi Ismail:  Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri:  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail:  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri:  Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini? Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran bukan? Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri kita sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’.

Di sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” ~(Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” ~(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)





Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang-orang yang soleh dan solehah.