Selasa, 20 Mac 2012

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Al-Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal bin Rabah & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin.

Khas buat Ibu & Ayah:
Ibu Ayah merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini  diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Ibu & Ayah adalah amanat dari Allah yang perluku jaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.


Ibu Ayah,
ku mohon maaf andai diriku masih belum tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Saya miskin harta & tak punya apa. Tetapi, apa yangku ada hanyalah, Allah SWT. Dia kaya & Dia ada segalanya untuk apa yangku tak punya. Kuberdoa moga Ibu Ayah sentiasa berada di dalam lindungan, penjagaan, kasih sayang, cinta & redha Ilahi hingga ke akhirnya. Hanya doa yang mampu kukirimkan tanda ingatan & kasih sayang yang tulus berpanjangan & tiada bertepian.

Ibu Ayah,
Andai diri ini pergi dahulu sebelum Ibu & Ayah, redhailah permergianku. Halalkan segalanya atas segala yang belum kubalasi. Jangan sesekali ditangisi kerana itulah ujian Ilahi tanda Ibu Ayah dicintai Rabbi. Kasih sayang & cinta kalian berdua terhadapku, kudoakan moga dibalas dengan kasih sayang & cinta Ilahi yang abadi. Doakan moga diriku tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Moga Syurga yang Abadi menjadi saksi pertemuan kita kembali setelah berpisahnya jasad kita di dunia yang fana'..
Amiin Ya Rabbal Alamiin
Yang merindu & dirindui,
Anakmu.. 


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya & Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina & terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk & duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?"
kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.




Babi itu dibersihkan & dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan & dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering & dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.



"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.



Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,



aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan.



Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.



Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.



"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.



Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah & ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Allah SWT berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjutan dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Al-Israa', 17: 23)


Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (Muhammad):
“Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu:
Janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan apa pun,
berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa,
janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana miskin.."
(Al-An'am, 6: 151)