Daulat Tuanku! |
Ini juga merupakan detik bersejarah dalam instituisi beraja dimana baginda telah dilantik buat kali ke 2 sebagai Yang di Pertuan Agong. Kali pertama baginda dilantik ialah pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5.
Serba sedikit mengenai baginda, Sultan Kedah adalah seorang raja yang berpengalaman luas dalam mentadbir memandangkan baginda adalah orang paling kanan di kalangan raja-raja Melayu dan sebagai seorang ketua negeri, baginda amat mengambil berat mengenai perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di dalam dan luar negara.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu TIti Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar dari 1946 hingga 1949 selain pernah bersemayam di asrama sekolah berkenaan.
Istana Negara |
Baginda amat mencintai ilmu sehingga baginda meneruskan pengajian di Wadham College, Oxford Universiti di England pada Februari 1949 untuk mendalami bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbir Awam. Ketika di England, baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah pada 06 Ogos 1949.
Baginda tamat pengajian di England pada 1955 dan berangkat pulang ke tanah air. Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Pada tanggal Mac 1956, baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah. Almarhumah merupakan puteri sulung Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang Di Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan diraja ini dikurniakan tiga puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Datuk Seri Intan Shafinaz.
Pada tanggal 09 Mac 1957, baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah kerana Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar Negara pada 12 Mac hingga Julai 1957.
Pada tanggal 20 Februari 1959, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Tuanku Sultanah Bahiyah ditabalkan sebagai Sultanah Kedah. Baginda juga dilantik sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 07 April 1994 sehingga kini.
Tanggal 26 Ogos 2003 merupakan detik pilu bagi baginda dimana Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.
Tanggal 09 Januari 2004, berlangsung istiadat penuh gilang-gemilang permasyuran Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah DUli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah. Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975.
Kini pemerintahan Sultan Abdul Halim telah menjangkau 53 tahun, sekaligus membuktikan bahawa baginda adalah Sultan yang berjiwa rakyat yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat khususnya negeri Kedah.
Semoga Negara Malaysia kekal sejahtera di bawah pemerintahan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14. Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Klik Sini Untuk Mengetahui Tugas-Tugas Penting Yang Di Pertuan Agong
Klik Sini Untuk Mengetahui Tugas-Tugas Penting Yang Di Pertuan Agong