Salam ukhuwah fillah buat sahabat seperjuangan, Secebis ingatan di kala insan kealpaan, Tatkala qalbun jauh dari ingatkan Tuhan, Tersasar daripada landasan keimanan.
Nauzubillahi min zaalik..
Sekujur mutiara tasbih tersadai indah,Tersisip pula dengan rantaian kalimah,Laaila ha illallah, Muhammadurrasulullah,Tersergam berjuntai bergandingan sudah,
Subhanallah, Maha Suci Allah..
Namun, di sebalik kemurnian yang nyata,Terpalit kebenaran secara batinnya,Jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata,Yang tiada amalan bersisa,MasyaAllah…
Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,Tasbih dan kalimah diam membisu,Kemungkaran terus menundukkan nafsu,Dek terasa tiada siapa yang tahu.Astargfirullahal ‘azim..
Begitulah insan,Bila hati tak takutkan Tuhan,Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan,Kerana kasih sayang dan ihsan..
DIA terus menunjukkan jalan,Tika rantai tasbih berguguran,Barulah hati merasakan,Betapa hebatnya kuasa Tuhan,Yang menciptakan..
Hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah,Yang menjadi sandaran dan wasilah,Untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah,Daripada terjerat ke kancah yang salah,Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..
Kini hamba menyedari,Betapa kerdilnya diri,Seluruh alam DIA yang menguasai,Tuhanku, hamba berserah kepada-Mu Ilahi.
Allahuakbar, Allah Maha Besar… :)