Ahad, 20 November 2011

9 MIMPI AJAIB RASULULLAH

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan………..”


Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka perbuatan itu terhalang disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.


 Aku melihat seorang dari umatku telah disebabkan azab kubur yang amat pedih, namun dia diselamatkan oleh berkat WUDHUKNYA YANG SEMPURNA.


     Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH SWT.


     Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api Neraka Jahannam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah mlepaskannya dari seksaannya itu.


   Aku meilhat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga lalu dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberinya minum hingga ia merasa puas.

     Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


     Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


    Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api neraka ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan pahalanya dari bahaya api tersebut.


Allahua'lam. Bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada apa yang disampaikan

NILAI KASIH SEORANG IBU

KISAH NILAI KASIH IBU


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di ‘apron’ menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos Upah Membantu Ibu:

Tolong Pergi Kedai                       RM 4.00
Tolong Jaga Adik                          RM 4.00
Tolong Buang Sampah                  RM 1.00
Tolong Kemas Bilik                       RM 2.00
Tolong Siram Bunga                     RM 3.00
Tolong Sapu Sampah                    RM 3.00
Jumlah                                           RM 17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos Mengandungkanmu selama 9 bulan             -              PERCUMA
Kos Berjaga Malam kerana Menjagamu            -              PERCUMA
Kos Air Mata yang Menitis keranamu                -              PERCUMA
Kos Kerunsingan kerana Bimbangkanmu           -              PERCUMA
Kos Menyediakan Makan Minum, Pakaian, dan keperluanmu -  PERCUMA
JUMLAH KESULURUHAN NILAI KASIHKU            -    PERCUMA

Air Mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, lantas memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian di anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar Malah Terhutang’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Pengorbanan Seorang Ibu yg tiada tolok bandingnya
Diriwayatkan, seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?” Rasulullah menjawab, “Ibumu (diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)



KEBAKTIAN KEPADA IBU BAPA

Sebagai sebagai anak, kita seharusnya taat dan atuh kepada ibu bapanya selagimana suruhan itu tidak bercanggah dengan syarak. Di antara ketaatan dan kebaktian itu adalah:-

·         Berbuat baik kepada keduanya
·         Melaksanakan hak-hak keduanya
·         Memuliakan keduanya
·         Selalu Mentaati
·         Menjauhi segala yang mengecewakan keduanya
·         Melakukan perkara yang diredhai keduanya

Sesiapa yang melakukan perkara-perkara di atas layak untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Diantara penderhakaan kepada ibu bapa adalah:-

·  Pengabaian terhadap hak-hak keduanya
·  Menyakiti hati ibu bapa
·  Mengecewakan harapan mereka
·  Melakukan perkara yang tidak diredhai oleh ibu bapa
·  Memburukkan nama baik mereka



Sesiapa yang melakukan perkara-perkara di atas, mereka ini layak mendapat laknat dan dosa daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih saying. Dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecilku.”
(Surah Al-Isra’: 23-24)

Rasulullah SAW bersabda:
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Marah Allah itu terletak pada marah ibu bapa.”

Baginda bersabda lagi:
“Tidak ada seorang anak yang berbakti dengan memandang kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan Allah SWT menulis bagi setiap pandangan dengan pahala sekali haji mabrur.”

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Kalau dipandangnya setiap hari, seratus kali bagaimana?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, Allah Maha Besar, Maha Baik.”
(Hadith Riwayat Baihaqi)


Al-Kisah : MANUSIA, MALAIKAT & SYAITAN

Manusia,Malaikat & Syaitan

Manusia  - Eh, dah subuh dah?
Malaikat  - Bangunlah wahai anak Adam,
                     tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan   - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
                     awal lagi nie!!!.zzzzzzzz





Manusia  - Nak makan, laparlah !!
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! mmm..sedapnyaaaa!!! .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat  - Wahai anak Adam,
                      pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan   - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia   - Alamak, dah lewat!
Malaikat   - Bersegeralah wahai manusia ,
                      nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan    - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?
                      suruh si X, punchkanlah!!!

Manusia  - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam,
                    bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..
                      awal lagi nieii!!!.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam,
                    alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
                    Allah Maha  Melihat dan mengetahui !
Syaitan  - Perggghh... best tu... .
                    rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia   - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat   - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan    - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang,
                      lantaklahh!!!

Manusia    - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini
                        kepada orang lain
Malaikat    - Wahai anak Adam,
                        nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar,
                        buat apa susah2...pandai2lah!!

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,
                     sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...
                    lagipun muda hanya sekali....rugila. ..



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah
                    ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari  jalan itu ..
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...
                       Jomlahhh!!!

Manusia - Uuhhh!letihnya arini..tak solat lagi nieee!.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,
                    kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu.
                    Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
                   kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
                  diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
  1. Anda -  Patutke aku biarkan Info ini, biar aku seorang sahaja yang tahu             
  2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
                                        (sampaikan info ini)
3.  Syaitan - Tak payahlah sibuk2 .. buang masa saja..

Jumaat, 18 November 2011

SATU PENERBANGAN



Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui - Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas – kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi Tanah Perkuburan.



Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam,tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang di idamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawah nya atau Neraka Jahannam.




Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings!) anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. 

Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya…

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan…, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya!!! 

Berita Baik…!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.

Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh..!!

HaNyA iNgAt!!

Penerbangan ini datang tanpa ‘AMARAN'.

Cuma perlu INGAT!! 

Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini…

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????



Sabtu, 5 November 2011

Kitab Mukashafah Al-Qulub: Bab IBLIS & SEKSAANNYA





Pilihlah Mana Yang terbaik
Allah SWT berfirman:

"Jika mereka suka tidak berpaling, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang kafir." (Surah Ali-Imran:32)


Yakni Allah tidak mengampuni atau menerima taubat mereka seperti tidak diterima taubat Iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka. Namun Allah menerima taubat Nabi Adam a.s kerana dia mengakui dosanya dan menyesalinya juga dia mencela dirinya. Meskipun bukan dosa yang hakiki kerana rasul itu. Maksum dari maksiat selamanya. Oleh kerana dia dan hawa berkata "Kami telah menganiayai diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, tentulah kami termasuk dari orang-orang yang rugi."

Diriwayatkan, bahawa nama Iblis di langit dunia ialah 'Abid
 Di langit kedua ialah Zahid. Di langit ketiga ialah Arif. Di langit keempat, Wali. Di langit kelima, At Taqi. Di langit keenam Al Khozin. Dan dilangit ke tujuh, Azazil. Dan di Lauh Mahfuz, Iblis. 


Gambaran Neraka
Dia lupa akibat urusannya maka Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam. Dia berkata, "Apakah dia lebih mulia daripada Aku, bukankah aku lebih mulia darinya? Engkau jadikan aku dari api, dan Engkau jadikan dia dari tanah." Allah berkata, "Aku boleh berbuat sekehendak-Ku." Dia mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak. Dimana malaikat telah sujud kepada Adam. Ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua untuk bersyukur. Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal. 

Diceritakan pula bahawa pada hari kiamat, Iblis diperintahkan duduk di atas kerusi dari api, di lehernya berkalung laknat dan Allah memerintahkan Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang ke Neraka. Namun mereka tidak mampu. Lalu Allah memerintahkan Jibril bersama 80 malaikat untuk itu juga, tetapi tidak boleh. Kemudian diperintahkan pula Israfil dan Izrail. Masing-masing membawa 80 malaikat tetapi tidak boleh. Kemudian Allah berkata kepada mereka: "Walaupun berkumpul malaikat yang telah Ku jadikan berlipat kali ganda, mereka tidak akan mampu memindahkannya dan kalung laknat di lehernya ke dalam neraka."  

Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepalanya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar bibirnya bagai bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali, Allah sentiasa melaknatinya sampai Hari Kiamat. Kerana dia kafir, dari malaikat yang paling agung, menjadi sedmikian. Sesungguhnya ini merupakan suatu peringatan. 

Tersebut dalam khabar: Sesungguhnya Allah mengeluarkan Iblis dari setiap 100 000 tahun sekali. Demikian pula Adam dikeluarkan. Lalu Allah memerintahkan Iblis sujud pada Adam. Namun Iblis menolak, lalu dikembalikan lagi ke Neraka. Saudaraku, jika engkau ingin selamat dari Iblis, mohonlah perlindungan dari Allah SWT. 

Diceritakan bahawa Iblis datang kepada Nabi Musa a.s. Dia berkata kepada baginda, "Allah telah memilihmu dengan risalah-Nya dan berbicara padamu?" Musa menjawab: "Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai Iblis?" Iblis berkata, "Ya Musa, katakan kepada Tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat." Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa, Kuterima taubatnya jika dia bersujud pada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal itu kepada Iblis dan dia marah dan dengan sombongnya Iblis berkata, "Sedangkan di Syurga aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula dia telah mati?"


Pernah diriwayatkan, Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia dan Engkau beri kitab. Maka, siapakah utusanku dan apa pula kitabku?" , Allah berkata, "Utusanmu dan tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadithmu bohong dan Quranmu syair, tukang azanmu tukang seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah di tandas, makananmu sesuatu yang tidak diserta dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."  








Ditaip semula dan diubah-suai daripada Kitab Mukashafah Al-Qulub 
(Penenang Jiwa) bab 12, Iblis & Seksaannya oleh Imam Al-Ghazali.

Ahad, 23 Oktober 2011

Earthcraper: Bangunan Menakjubkan Berbentuk Piramid terbalik di Mexico


JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi.
Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ.

Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.



Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter.

Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah.


Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez, berkata bangunan itu turut menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico.


Katanya, permintaan untuk ruang pejabat, pusat komersial dan kediaman sentiasa tinggi di Mexico City tetapi pada masa sama, tiada kekosongan ketika ini.
“Undang-undang Pusat dan kerajaan tempatan pula melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan.

“Jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat,” katanya.

Di sebalik kekangan itu, katanya, pusat bandar raya Mexico City yang bersejarah itu perlukan perubahan.

Justeru, kata Suarez, mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah.

“Pencakar bumi ini mengekalkan kewujudan bangunan yang menjadi mercu tanda Mexico City dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya,” katanya.

Melalui lubang yang ada di tengah-tengah piramid terbalik itu, kata Suarez, semua penghuni bangunan berkenaan dapat menikmati cahaya semula jadi dari matahari.


Aspek pengudaraan juga diberi perhatian dengan mengekalkan sistem sedia ada, membolehkan penghuni menggunakan sumber semula jadi.

“Apabila bangunan ini siap nanti, pelbagai aktiviti masih boleh terus dilangsungkan di tengah bandar raya, seperti konsert, pameran terbuka dan perarakan tentera,” katanya.

Piramid memang memainkan peranan besar dalam sejarah seni bina Mexico.

Ribuan tahun lalu, pembangunan di negara itu banyak dipengaruhi struktur piramid.

Ketika kaum Aztec tiba di Lembah Mexico, mereka membina piramid di atas tasik yang mereka temui di situ.

Sejajar dengan perkembangan dan pengaruh empayar Aztec, mereka membina piramid baru dengan saiz lebih besar - bukan di kawasan baru, sebaliknya di sekitar piramid asal.

Piramid tradisional merangkumi pelbagai lapisan sejarah, sesuai dengan era tertentu.

Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika dan akhirnya menguasai Aztec, mereka membangunkan gereja Kristian di atas piramid berkenaan.

Akhirnya, seluruh bandar raya kolonial itu dibina di atas tapak tamadun Aztec.

Pada abad ke-20, banyak bangunan kolonial diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan moden di atas tapak bersejarah.

Justeru, Suarez berkata, pihaknya mahu mengelak kesilapan itu berulang.

“Bangunan pencakar bumi ini dibina jauh ke dalam tanah untuk membolehkan kami menemui asal usul tamadun Mexico,” katanya.




Pemandangan Atas


Pelan Asal Projek Mega ini