Sabtu, 5 November 2011

Kitab Mukashafah Al-Qulub: Bab IBLIS & SEKSAANNYA





Pilihlah Mana Yang terbaik
Allah SWT berfirman:

"Jika mereka suka tidak berpaling, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang kafir." (Surah Ali-Imran:32)


Yakni Allah tidak mengampuni atau menerima taubat mereka seperti tidak diterima taubat Iblis kerana kekufuran dan kesombongan mereka. Namun Allah menerima taubat Nabi Adam a.s kerana dia mengakui dosanya dan menyesalinya juga dia mencela dirinya. Meskipun bukan dosa yang hakiki kerana rasul itu. Maksum dari maksiat selamanya. Oleh kerana dia dan hawa berkata "Kami telah menganiayai diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, tentulah kami termasuk dari orang-orang yang rugi."

Diriwayatkan, bahawa nama Iblis di langit dunia ialah 'Abid
 Di langit kedua ialah Zahid. Di langit ketiga ialah Arif. Di langit keempat, Wali. Di langit kelima, At Taqi. Di langit keenam Al Khozin. Dan dilangit ke tujuh, Azazil. Dan di Lauh Mahfuz, Iblis


Gambaran Neraka
Dia lupa akibat urusannya maka Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam. Dia berkata, "Apakah dia lebih mulia daripada Aku, bukankah aku lebih mulia darinya? Engkau jadikan aku dari api, dan Engkau jadikan dia dari tanah." Allah berkata, "Aku boleh berbuat sekehendak-Ku." Dia mengira dirinya mulia. Dia berpaling dari Adam dengan bongkak. Dimana malaikat telah sujud kepada Adam. Ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua untuk bersyukur. Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal. 

Diceritakan pula bahawa pada hari kiamat, Iblis diperintahkan duduk di atas kerusi dari api, di lehernya berkalung laknat dan Allah memerintahkan Zabaniah untuk menyeretnya dari kerusi dan dibuang ke Neraka. Namun mereka tidak mampu. Lalu Allah memerintahkan Jibril bersama 80 malaikat untuk itu juga, tetapi tidak boleh. Kemudian diperintahkan pula Israfil dan Izrail. Masing-masing membawa 80 malaikat tetapi tidak boleh. Kemudian Allah berkata kepada mereka: "Walaupun berkumpul malaikat yang telah Ku jadikan berlipat kali ganda, mereka tidak akan mampu memindahkannya dan kalung laknat di lehernya ke dalam neraka."  

Allah menjadikan rupanya seperti babi, kepalanya seperti unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar bibirnya bagai bibir tsur, taringnya keluar bagai babi, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali, Allah sentiasa melaknatinya sampai Hari Kiamat. Kerana dia kafir, dari malaikat yang paling agung, menjadi sedmikian. Sesungguhnya ini merupakan suatu peringatan. 

Tersebut dalam khabar: Sesungguhnya Allah mengeluarkan Iblis dari setiap 100 000 tahun sekali. Demikian pula Adam dikeluarkan. Lalu Allah memerintahkan Iblis sujud pada Adam. Namun Iblis menolak, lalu dikembalikan lagi ke Neraka. Saudaraku, jika engkau ingin selamat dari Iblis, mohonlah perlindungan dari Allah SWT. 

Diceritakan bahawa Iblis datang kepada Nabi Musa a.s. Dia berkata kepada baginda, "Allah telah memilihmu dengan risalah-Nya dan berbicara padamu?" Musa menjawab: "Ya, lalu apa yang kamu inginkan wahai Iblis?" Iblis berkata, "Ya Musa, katakan kepada Tuhanmu bahawa aku hendak bertaubat." Lalu Musa mendapat wahyu, "Hai Musa, Kuterima taubatnya jika dia bersujud pada Adam di kuburnya." Musa menceritakan hal itu kepada Iblis dan dia marah dan dengan sombongnya Iblis berkata, "Sedangkan di Syurga aku tidak mahu sujud padanya, inikan pula dia telah mati?"


Pernah diriwayatkan, Iblis berkata, "Ya Tuhanku, Engkau jadikan utusan kepada manusia dan Engkau beri kitab. Maka, siapakah utusanku dan apa pula kitabku?" , Allah berkata, "Utusanmu dan tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadithmu bohong dan Quranmu syair, tukang azanmu tukang seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah di tandas, makananmu sesuatu yang tidak diserta dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan."  








Ditaip semula dan diubah-suai daripada Kitab Mukashafah Al-Qulub 
(Penenang Jiwa) bab 12, Iblis & Seksaannya oleh Imam Al-Ghazali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan