Ahad, 20 November 2011

NILAI KASIH SEORANG IBU

KISAH NILAI KASIH IBU


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si Ibu segera mengesatkan tangan di ‘apron’ menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos Upah Membantu Ibu:

Tolong Pergi Kedai                       RM 4.00
Tolong Jaga Adik                          RM 4.00
Tolong Buang Sampah                  RM 1.00
Tolong Kemas Bilik                       RM 2.00
Tolong Siram Bunga                     RM 3.00
Tolong Sapu Sampah                    RM 3.00
Jumlah                                           RM 17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos Mengandungkanmu selama 9 bulan             -              PERCUMA
Kos Berjaga Malam kerana Menjagamu            -              PERCUMA
Kos Air Mata yang Menitis keranamu                -              PERCUMA
Kos Kerunsingan kerana Bimbangkanmu           -              PERCUMA
Kos Menyediakan Makan Minum, Pakaian, dan keperluanmu -  PERCUMA
JUMLAH KESULURUHAN NILAI KASIHKU            -    PERCUMA

Air Mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, lantas memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian di anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar Malah Terhutang’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Pengorbanan Seorang Ibu yg tiada tolok bandingnya
Diriwayatkan, seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?” Rasulullah menjawab, “Ibumu (diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)



KEBAKTIAN KEPADA IBU BAPA

Sebagai sebagai anak, kita seharusnya taat dan atuh kepada ibu bapanya selagimana suruhan itu tidak bercanggah dengan syarak. Di antara ketaatan dan kebaktian itu adalah:-

·         Berbuat baik kepada keduanya
·         Melaksanakan hak-hak keduanya
·         Memuliakan keduanya
·         Selalu Mentaati
·         Menjauhi segala yang mengecewakan keduanya
·         Melakukan perkara yang diredhai keduanya

Sesiapa yang melakukan perkara-perkara di atas layak untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Diantara penderhakaan kepada ibu bapa adalah:-

·  Pengabaian terhadap hak-hak keduanya
·  Menyakiti hati ibu bapa
·  Mengecewakan harapan mereka
·  Melakukan perkara yang tidak diredhai oleh ibu bapa
·  Memburukkan nama baik mereka



Sesiapa yang melakukan perkara-perkara di atas, mereka ini layak mendapat laknat dan dosa daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih saying. Dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku semasa kecilku.”
(Surah Al-Isra’: 23-24)

Rasulullah SAW bersabda:
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Marah Allah itu terletak pada marah ibu bapa.”

Baginda bersabda lagi:
“Tidak ada seorang anak yang berbakti dengan memandang kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan Allah SWT menulis bagi setiap pandangan dengan pahala sekali haji mabrur.”

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Kalau dipandangnya setiap hari, seratus kali bagaimana?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, Allah Maha Besar, Maha Baik.”
(Hadith Riwayat Baihaqi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan