Ahad, 23 Oktober 2011

Earthcraper: Bangunan Menakjubkan Berbentuk Piramid terbalik di Mexico


JIKA bandar raya lain berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit, di tengah Mexico City, arkitek kini sibuk merealisasikan pembikinan bangunan lebih luar biasa - pencakar bumi.
Mengikut rancangan, mereka mahu membina bangunan 65 tingkat sehingga 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik, bangunan itu bakal dibina di ibu negara Mexico dan sepatutnya memiliki ketinggian kira-kira sama dengan bangunan lain di situ.

Daripada 65 tingkat itu, setiap 10 daripadanya dikhaskan untuk kediaman dan kedai, selain sebuah muzium serta 35 tingkat lagi untuk dijadikan pejabat.



Di bahagian paling atas bangunan ini dipasang lapisan kaca untuk menutup lubang empat segi sama seluas 240 meter x 240 meter.

Selain bertindak sebagai bumbung, ia juga membolehkan cahaya matahari digunakan bagi menerangi bahagian lebih rendah di dalam tanah.


Pegawai firma arkitek BNKR Arquitectura, Esteban Suarez, berkata bangunan itu turut menempatkan sebuah pusat kebudayaan baru untuk Mexico.


Katanya, permintaan untuk ruang pejabat, pusat komersial dan kediaman sentiasa tinggi di Mexico City tetapi pada masa sama, tiada kekosongan ketika ini.
“Undang-undang Pusat dan kerajaan tempatan pula melarang sebarang bangunan bersejarah dimusnahkan.

“Jika ia dibenarkan pun, peraturan semasa mengehadkan pembinaan bangunan hanya setinggi lapan tingkat,” katanya.

Di sebalik kekangan itu, katanya, pusat bandar raya Mexico City yang bersejarah itu perlukan perubahan.

Justeru, kata Suarez, mereka tidak ada pilihan kecuali satu - membina bangunan jauh ke dalam tanah.

“Pencakar bumi ini mengekalkan kewujudan bangunan yang menjadi mercu tanda Mexico City dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya,” katanya.

Melalui lubang yang ada di tengah-tengah piramid terbalik itu, kata Suarez, semua penghuni bangunan berkenaan dapat menikmati cahaya semula jadi dari matahari.


Aspek pengudaraan juga diberi perhatian dengan mengekalkan sistem sedia ada, membolehkan penghuni menggunakan sumber semula jadi.

“Apabila bangunan ini siap nanti, pelbagai aktiviti masih boleh terus dilangsungkan di tengah bandar raya, seperti konsert, pameran terbuka dan perarakan tentera,” katanya.

Piramid memang memainkan peranan besar dalam sejarah seni bina Mexico.

Ribuan tahun lalu, pembangunan di negara itu banyak dipengaruhi struktur piramid.

Ketika kaum Aztec tiba di Lembah Mexico, mereka membina piramid di atas tasik yang mereka temui di situ.

Sejajar dengan perkembangan dan pengaruh empayar Aztec, mereka membina piramid baru dengan saiz lebih besar - bukan di kawasan baru, sebaliknya di sekitar piramid asal.

Piramid tradisional merangkumi pelbagai lapisan sejarah, sesuai dengan era tertentu.

Apabila penjajah Sepanyol tiba di Amerika dan akhirnya menguasai Aztec, mereka membangunkan gereja Kristian di atas piramid berkenaan.

Akhirnya, seluruh bandar raya kolonial itu dibina di atas tapak tamadun Aztec.

Pada abad ke-20, banyak bangunan kolonial diruntuhkan untuk memberi ruang kepada pembinaan bangunan moden di atas tapak bersejarah.

Justeru, Suarez berkata, pihaknya mahu mengelak kesilapan itu berulang.

“Bangunan pencakar bumi ini dibina jauh ke dalam tanah untuk membolehkan kami menemui asal usul tamadun Mexico,” katanya.




Pemandangan Atas


Pelan Asal Projek Mega ini





Ahad, 16 Oktober 2011

DOA : PENGHUBUNG ILAHI



Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku."

Adab Dan Sifat Berdoa

Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya ialah:
  1. Keadaaan bersih diri sebaik-baiknya berwudhuk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  2. Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap ke arah kiblat.
  3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  4. Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
  5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
  6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  7. Memulakannya dengan memuji Allah dan selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
  8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  10. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara-mara yang beriman.
  12. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan, "Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, ramatilah sekiranya Engkau inginkan."
  13. Mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.
  14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  15. Berdoa dengan suara yang perlahan.
Waktu-Waktu Mustajab Berdoa
Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri.
  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  2. Tiap-tiap selepas solat fardhu lima waktu.
  3. Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Antara takbir solat hari raya.
  9. Dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
  10. Ketika menziarahi makan Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
  12. Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
  16. Ketika hujan turun.
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
  18. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu malam sahur.
  19. Ketika khatam Al-Quran 30 juzuk.
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir. 
Tempat Mustajab Untuk Berdoa

Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan tempat di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi afdhalnya adalah di tempat-tempat yang berikut:
  1. Apabila melihat Baitullah (Kaabah) di Makkah
  2. Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
  3. Di dalam Kaabah
  4. Di sisi Multazam dan Hijr Ismail
  5. Ketika melihat masjid Rasulullah SAW di Madinah.
  6. Di sisi telaga zamzam
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah
  8. Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s.
  9. Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah
  10. Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah
  11. Di Mina pada Hari Tasyriq
  12. Di dalam masjid
  13. Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13 Zulhijjah.
Tanda-Tanda Doa Di Makbulkan
  • Terasa sesuatu yang menakutkan
  • Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
  • Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa
Disamping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan oleh Allah ialah doa orang yang dalam keadaan berikut:
  • Orang yang terdesak
  • Orang yang dizalimi
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya
  • Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim
Sebab-Sebab Doa tidak Di Makbulkan Allah
  • Ditangguh pada suatu ketika yang munasabah
  • Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan, boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
  • Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti: Tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian daripada sumber-sumber yang haram atau syubhah.
Antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya:




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..







Sabtu, 1 Oktober 2011

Tempahan MINYAK Attar Kasturi Hitam TIAF (P.Pinang)

AGEN/PENGEDAR DI PERLUKAN! 
Disyorkan kepada pelajar SMK,SMKA,IPTA & lain-lain.
Inilah peluang anda!
Antara khasiatnya:

  • Dalam ikhtiar mengelak / menangani sihir dan gangguan makhluk halus.
  • Menangani perihal anak yang bermasalah dari segi pembelajaran dan semangat.
  • Baik untuk pelajar, sebelum masuk kelas atau kuliah.
  • Merawat / mengelak penyakit angin ahmar.
  • Mengatasi masalah lesu dan cepat letih.
  • Dicampurkan ke dalam seberkas air dan percikkan sekeliling di dalam rumah dapat menghindari nyamuk nyata dan GHAIB, Insyallah.
  • Masalah pelupa.
  • Merawat penyakit asma.
Dan lain-lain lagi khasiat yang boleh anda rasai sendiri banyak lagi. Insyallah.

Minyak Attar Kasturi Hitam TIAF ini telah didoakan dengan:


  1. Ruqyah Syariah
  2. Hizib-hizib pilihan
  3. Ayat 3
  4. Ayat 5
  5. Ayat 7
  6. Ayat 33
  7. Ayat-ayat Syifa
  8. Ayat-ayat penerang hati
  9. Ayat-ayat pelembut hati
  10. Doa Nurun Nubuwah
  11. Ayat-ayat Hifiz
  12. Ruqyah Jibril
  13. Gabungan 14 ayat-ayat Muqataat
Minyak ini merupakan pati asli tanpa campuran minyak lain/air. Hasil gabungan peraman buah kasturi yang menghasilkan minyak dan buntat kijang sebagai agen penyebar bau. Menurut satu riwayat bahawa, minyak kasturi hitam merupakan attar kegemaran Rasulullah SAW. Insyallah, semoga kita mendapat manfaat dari Sunnah junjungan kita.

HALAL, SUCI, BERSIH boleh digunakan ketika solat.

Cara Penggunaan:
  1. Bagi bayi/kanak-kanak disapukan di belakang telinga menjelang maghrib dan sebelum tidur.
  2. Bagi pesakit disapukan pada setiap sendi melintang & sedikit pada 7 anggota sujud sebelum tidur.
  3. Bagi pelajar, disapukan pada celah tangan lalu disedut harumannya sebanyak 3-7 kali sebelum masuk belajar/kuliah bagi kekuatan ingatan & kesegaran minda.
  4. Dititikkan beberapa titik (bilangan ganjil) ke dalam sebekas kecil air yang telah dipanaskan atau dijeram serta dihidu wapnya dengan nafas kiraan detik ganjil, bagi masalah migrain.
  5. Dititikkan kira-kira suku 1/4 botol ke dalam sebaldi air sejuk dan dijadikan bilasan mandi terakhir, bagi ikhtiar rawatan sihir dan gangguan jin, juga penyegar tubuh.

    Kualiti Kasturi Hitam TIAF:

    1. Dimasak dan diadun sendiri dalam Malaysia dengan bahan-bahan asli untuk kandungan produk.

    2. Merupakan pati minyak bukannya minyak sahaja ( diuji dengan terbalikkan botol, lama kelamaan akan meleleh )

    3. Telah didoakan dengan amalan-amalan, ayat-ayat dan doa-doa yang spesifik.

    4. Pengeluaran yang terhad setiap 3 bulan dengan adab dan kaedah yang mengikut keilmuan ulama silam@tua dan ulama sufi.


    Harga Sebotol: RM25
    (tidak termasuk kos penghantaran pos laju)

    Dapatkan produk ini dengan menghubungi di talian: 

0179170722 (Faiz) /0134874095(Luqman)
(Kedah, Pulau Pinang & Perak sahaja)


@


Emelkan kepada: faizalqarni@yahoo.com

InsyaAllah, segalanya datang dari ALLAH. Kita hanya berikhtiar. Allahua'lam.

Info tambahan mengenai fungsi Kasturi berdasarkan kitab-kitab:

  1. Menguat, menenang dan meriangkan jiwa (hati)
  2. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  3. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  4. Menghilangkan debaran jantung
  5. Menghilangkan sesak nafas
  6. Melegakan lelah (Asma)
  7. Menyedarkan orang yang pengsan
  8. Memperkuat organ dalaman
  9. Menghilangkan gementar
  10. Menghilangkan sejuk (Kasturi sifatnya panas)
  11. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
  12. Menawarkan racun dan bisa binatang
  13. Menjernihkan mata putih (menitiskan kastri ke dalam mata dapat menjernihkan warna putihnya serta dapat mengeringkan cair-cairan lembapnya)
  14. Melanjutkan usia (mencium dan meminum badan dan dapat mempertahankan kemudaannya (awet muda) serta dapat memanjangkan usia, dengan izin Allah)
AGEN/PENGEDAR DI PERLUKAN! 
Disyorkan kepada pelajar SMK,SMKA,IPTA & lain-lain.
Inilah peluang anda!