Luka adalah satu anugarah |
Prof Dato Dr. Haron Din |
Bagi pesakit yang terpijak jarum atau paku, ia hendaklah disuruh tidur. Setelah didoakan, tunggu hingga benda tadi keluar dengan sendiri.Apabila benda tadi keluar, jangan dipegang kecuali setelah benda tadi kira-kira boleh ditarik. Ketika menunggu benda itu keluar, jangan buat bising. Peluru yang ada di badan, boleh dikeluarkan sekiranya bahagian kulit belum tertutup.
Cara mengeluarkan benda-benda tadi ialah dengan menggunakan air yang dibaca dengan doa:
1. Al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. "Innallazii faradha alaikal Quraana laraduka ilaa maa'ad.." (maaf, tiada sofware B.Arab)
Tiup di air. Kalau tulang lekat dileher, ambil air dan letakkan di tapak tangan dan lurut leher dari atas ke bawah.
Kaedah kedua ialah dengan membacakan al-Fatihah dan jampi air. Jampinya adalah seperti berikut:
Hai kayu medang betani
Buka katup bukalah engkau
Tahan nadi halau nadi
Tawar bisa....
Hilang bisa....
(sebut nama bisa seperti bisa jarum, besi, paku dan lain-lain)
Dengan berkat doa:
Lailaha illAllah Muhammaddur Rasulullah.. (syahadah)
Tiup di air dan diberi minum kepada pesakit. Air juga digunakan untuk disapukan di tempat berkenaan.
Orang tua-tua menggunakan kucing untuk mengeluarkan tulang yang terlekat, dengan cara memegang tangan kucing dan menggarukkannya ke leher orang yang berkenaaan.
Untuk mengeluarkan jarum atau paku yang masuk ke badan dan tidak diketahui di bahagian mana benda itu berada, bahan-bahan seperti daun sireh, pinang, kapur dan gambir diperlukan. Bahan-bahan tadi didoakan dengan bacaan diatas, ditiup kemudian dikunyah dan disapu di tempat di mana benda tadi masuk. Air didoakan untuk diminum.
Sebaik-baik sireh ialah daun yang uratnya bertemu di tulang daun antara satu sama lain.
Daun Sireh |
Kaedah diatas juga boleh digunakan untuk melepaskan uri yang terlekat.
Ditaip semula dan diubahsuai daripada Kitab Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah karangan Dato Dr. Haron Din
Tiada ulasan:
Catat Ulasan