Jumaat, 30 Disember 2011

Andainya Lelaki Tahu..





Ketahuilah...Wahai Lelaki...Moga bermanfaat


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda ..



Sayangi Lah Orang Yang Kita Sayang..
Jangan Pernah Lukakan Si Dia

Ahad, 25 Disember 2011

Cinta Yang Hakiki


Ya Allah..
betapa berat tanggungan di bahu ini
betapa keseimbangan itu memerlukan kekuatan semangat yang nurani
kekuatan yang hanya boleh aku dapat melalui suntikan rahmatMu
hadirnya perasaan ini bukan tidak pernah ditolak hati
ianya difikir-fikir berpuluh-puluhan kali
aku menangis didepanMu sambil tangan kedupku menadah mohon sinarMu
apa sebenarnya yang terbaik buatku Ya Allah
Kau tunjukkanlah jalan itu..

Ya Allah
segala-galanya adalah ketentuanMu
apa yang aku ada untuk menolak segala takdir yang terpatri buatku
aku tak sanggup mencemarkan kesucian hati ciptaan unikMu buat manusia2 kerdil sepertiku
aku juga tak sanggup menolak perasaan cinta 
dari hamba yang bukan muhrimku
adakah itu satu cubaan buatku?
atau 
mungkin Kau mahu imanku 
yang membuat keputusan atas segala persoalan ini?
atau mungkin aku sudah terpesong jauh dari noktah-noktah hidup 
di bawah lembayung keredhaanMu


Ya Allah
Kau bataskanlah segala cinta yang hadir dalam diri ini
Kau lapitkanlah ia dengan cebisan iman yang terpaut rapi dalam jiwa ini 
walaupun ianya hanya sebesar kuman di kerak bumi
Kau hindarkanlah segala bentuk perasaan nafsu syaitan dalam diri ini
yang sudah pasti mampu merosakkan iman dalam diri
apa yang aku ingini adalah keberkatan dan kemuliaan daripadaMu

Ya Allah
jika pilihan cinta ini adalah haram disisiMu
aku berlutut mohon Kau hapuskanlah dia dalam diri
jika dia bukan hadir untuk diriku hidupku dan matiku
aku bersujud mohon Kau jauhkanlah dia dari pandanganku ini
jika kehadiran aku dalam diriNya mambuatkan dia alpa lupa padaMu
Kau murkailah aku..Kau berikanlah aku sedikit petunjuk 
untuk aku lari jauh dari hidupnya
jika adanya cinta ini membuatkan aku lalai untuk beribadat kepadaMu
Kau hilangkanlah segala perasaan ini
kerana segala-galanya yang abadi hanyalah untukMu

Ya Allah
aku kini mencari cinta yang halal
halal pada pandanganMu
aku kini mahu mencari cinta suci yang asli
aku tidak mahu lagi kepalsuan cinta membelenggu diri
aku tidak mahu mengulanginya lagi


Ya Allah
segala yang tersirat dan tersurat itu ada padaMu
segala dugaan rintangan cabaran itu adalah kehendakMu
aku redha atas segala ketentuanMu
 
Melayari kehidupan dunia 
bagaikan melayari ombak yang sentiasa tidak tenang,
dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi
hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini 
buat manusia kerdil seperti kita semua
lari dari fitrah manusia dalam istikarah cinta bukan kudrat kita
semoga pencarian cinta halal itu ada didepan mata kita kini
cuma perlu untuk kita selami dan hargai
syukurlah pada Ilahi
amin..insyaAllah :)

Selasa, 20 Disember 2011

DOA QUNUT NAZILAH



Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.


Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
                                                                                                                                          -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala.
Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.



2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.




3. Lafaz Qunut Nazilah adalah seperti berikut:
Maksudnya :“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
                                                                                                                                          -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim




Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala

Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".


Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang.
Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku
berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.


Sumber:

Sabtu, 17 Disember 2011

Air Minuman Alma' Syifa'

Air Minuman Alma' Syifa' yang Dibacakan 30 Juzuk Ayat-Ayat Suci Al-Quran



Air minuman Alma’ Syifa ini merupakan air alkali yang telah diproses dan telah dialunkan padanya bacaan zikir ayat2 syifa’ serta bacaan 30 Juzuk ayat suci Al-Quranul Karim. Namun, air minuman yang dibacakan ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk terhad kepada negeri Kelantan sahaja buat masa sekarang. InsyaAllah, akan ada untuk pasaran seluruh Malaysia.


Kesemua  bacaan  zikir  ayat2 syifa’ serta  bacaan  ayat suci 30 juzuk  Al-Quran  ini dibaca oleh pelajar – pelajar Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah, Kelantan dimana Pondok Tahfiz  ini juga merupakan rakan kongsi dalam pembuatan air minuman ini. Ini bermakna setiap jualan air minuman ini, ada bahagian keuntungan yang akan disalurkan untuk pembangunan Pondok Tahfiz ini.
Anak-Anak Didik Tahfiz Padang Bongor
Air Minuman Syifa' di dada akhbar
Kelebihan Air Minuman Alma' Syifa'
  1. Mempunyai pelbagai khasiat kerana air beralkali
  2. Dibaca ayat - ayat syifa' ( Doa Penyembuh )
  3. Juga dibaca dengan ayat - ayat suci 30 juzuk Al-Quran
  4. Kos yang murah serendah 80sen seliter
  5. Mudah - setiap penghantaran dilakukan terus ke rumah
  6. Suci dan bersih - mempunyai kelulusan dari KKM
  7. Sebagai ikhtiar mencegah pelbagai jenis penyakit
  8. Sebagai ikhtiar mengubat penyakit secara fizikal, mental dan rohani
  9. Dapat beramal sambil menjaga kesihatan
  10. Memberi ketenangan secara mental dan rohani
  11. Dan lain-lain lagi khasiatnya
Sijil Pengesahan Bacaan 30 Juzuk Ayat-Ayat Suci
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog di bawah:

http://alma-syifa.blogspot.com/

@

Sila Hubungi: 


019 - 574 0101 (Azahir)




Calvary Convention Centre (CCC)

PERHATIAN!
GEREJA TERBESAR, TERMODEN DAN TERCANGGIH DI MALAYSIA BAKAL SIAP!!

 GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA BAKAL SIAP DI BUKIT JALIL, MALAYSIA
Satu tamparan besar buat Malaysia apabila satu gereja yang terbesar, tercanggih dan termoden telah dibina di Malaysia dan dikatakan sekarang ini 80% hampir siap. Sesuatu yang tidak logik akal apabila majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan pada masa yang sama gereja terbesar di bina di negara ini.

Gereja yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang didalam pembinaan dan tapak pembinaannya adalah bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Anggaran kos pembinaan gereja terbesar ini adalah melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah iaitu RM35 juta.

Agenda Yahudi
Selain itu, pembinaan gereja yang paling moden dan canggih ini berkonsepkan Freemason. Lihat gambar di atas sebagai bukti.


Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Selain itu, gereja ini mempunyai auditorium yang mampu memuatkan 5 ribu orang dalam satu-satu masa. Pembinaan gereja ini bermula 15 Februari 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaannya.

Gambar Gereja terbesar di Asia Tenggara dalam proses pembinaan.
Sebagai Umat Islam, kita bukan ingin menghalang kebebasan beragama masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Tetapi, adakah wajar gereja terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara dibina di Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam? Siapakah dalang sebenar yang meluluskan projek ini?


Rabu, 14 Disember 2011

Motivasi Islam : Duhai Rasulullah......


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: “Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati.
Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”

Malaikat-malaikat itu menjawab:

“Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”

Aku bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”
Malaikat-malaikat menjawab: “Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”


Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: “Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
“Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: “Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…”

Aku berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan,Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!” 
Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. 
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

***********

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah Az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Bersama-samalah kita mengambil iktibar dari apa yang disampaikan.
Allahua'lam

Dipetik dan diubah suai daripada blog:

(sekalung budi ditujukan khas buat editor blog) 
Terima Kasih