Khamis, 7 Jun 2012

Poster Ulama' Besar Alam Melayu


Assalamualaikum warahmatullah...


Pondok Tahfiz Padang Bongor, Belimbing, Tanah Merah, Kelantan sangat mengalu-alukan sumbangan Al-Quran/Kitab/Buku Akademik untuk digunakan di pondok ini. 
Insyallah bermula Jan. 2012 pondok ini telah mengambil pelajarnya (penagmbilan kedua). Melengkapi Tahfiz + Kitab + Akademik. Maklumat lengkap sila rujuk kepada pondok ini atau lihat iklan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar tempatan, Insyallah.

Untuk wakaf AL-QURAN / KITAB tuan/puan boleh terus berhubung dengan Encik Maizan atau Din: 017-9024285 (Syarikat Jaffar Rawas, Kota Bharu. Tel: 019-7481073 Fax: 09-7444419)

Untuk Wakaf / Sumbangan Buku-buku Akademik tuan/puan boleh berhubung di kedai:
Buku Banggol, Kubang Kerian, Kota Bharu. Tel: 09-7659907 (Nor Fazuan Izwan)
Kedai Buku Banggol Tanah Merah Tel: 019-9835876 (Cikgu Haji Zainal) 013-9146870 (En Saufi)

Bagi tuan/puan yang JAUH / LUAR KELANTAN tetapi ingin menyumbangkan dana / wang tunai untuk wakaf AL-QURAN / KITAB ini boleh terus Bank-In ke dalam Akaun Pondok. MAYBANK 2U ATAU CIMB pun boleh.

AKAUN BANK ISLAM : 03054010020678
AKAUN MAYBANK : 553056007684
ATAS NAMA : PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR


Gambar diambil pada tahun 2008


Kami juga mengalu-alukan wakaf / sumbangan buku-buku rujukan PMR, SPM, dan STPM sama ada yang baharu atau terpakai, juga alat-alat tulis seperti PEN KHAT, PEN, PENSEL, PEMADAM dan sebagainya. Jika Al-Quran sudah mencukupi sumbangan, / wakaf tuan/ puan akan diagihkan untuk kitab, buku, dan lain-lain. 
HARAP MAKLUM! 


Bagi Kitab rujukan dalam Bahasa Arab, pihak pondok akan mengimport dari Mesir, Jordan dan sebagainya. Insyallah.


Pecah Tanah oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Kami mengharapkan jasa baik tuan / puan untuk print dan fotostatkan maklumat ini dan edarkan kepada rakan-rakan terutama PEREMPUAN dan Jemaah Masjid / Surau di tempat tinggal masing-masing. Insyallah.



24 X 36 inci

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki poster Ulama' Besar Alam Melayu ini, bolehlah menghubungi saya di talian:
017-9170722 (Faiz ,Seberang Perai)
/
013-4874095 (Luqman, Balik Pulau

- Pulau Pinang sahaja. 


(Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor yang tertera.)

 Untuk pengetahuan semua, poster ini di cetak sendiri oleh Pondok Tahfiz Kg. Padang Bongor, Tanah Merah, Kelantan dan sebagai pembiayaan untuk menaik taraf pondok dan bekalan pengajian pelajar seperti kitab, alat tulis dan sebagainya. 

Bersama-samalah kita membantu para pelajar di sana melalui penjualan poster ini.Kenali & Contohilah Ulama'.

"Membeli Sambil Menderma"


Poster Ulama' Besar Tanah Melayu:


24 X 36 inci


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Klik pada gambar untuk lebih jelas


Klik pada gambar untuk lebih jelas



Bagaimana untuk memanfaatkan poster ini:

  • Di tampal di rumah sebagai nilai murni untuk anak-anak.
  • Diwakafkan untuk institusi pendidikan, hotel, sekolah, pusat sumber, masjid, surau, tempat pengajian, dan sebagainya.
  • Sebagai bahan rujukan ulama'-ulama' Tanah Melayu untuk pengajaran dan pembelajaran di pusat pengajian.
  • Bahan tazkirah, usrah, persatuan dan halaqah.
  • Boleh untuk mengisi laman web dan blogspot.
  • Hadiahkan poster ini untuk sambutan hari lahir dan hari perkahwinan.
  • Beri pada guru-guru, ustaz ustazah, suami isteri, anak, ibu bapa, guru dan murid

    SUDAH RAMAI YANG MEMILIKINYA, ANDA BILA LAGI?
"Ke Arah Membentuk Generasi Mencintai Para Ulama'"

Bersama-samalah menyokong produk Islam demi Keredhaan Allah. 
MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Selasa, 29 Mei 2012

Membina Mahligai Di Sana Nanti

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi tiada bertepi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal selamanya dalam ketidakselesaan itu sendiri.


Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk,
baginda Nabi s.a.w berlalu melintasi nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim bertanya:
"Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?"

Jibrail menjawab:
"Ini Muhammad s.a.w."

Nabi Ibrahim lalu berkata:
"Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur & kawasannya sangat luas."

Nabi s.a.w bertanya:
"Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?

Nabi Ibrahim menjawab:
"Ucapkan kalimat la hawla wa la quwwata illa billah."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad & disahihkan oleh Ibn Hibban)

BOOKING 'VILLA MEWAH' DI SYURGA!
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut. Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang tanpa sebarang wang muka. Tak payah susah nak kene buat loan kat bank. Besttt kan! ;D

Al-Hafiz Ibn al-Dunya meriwayatkan daripada hakim al-Ahmasi:
"Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja untuk membangunkannya.
Apabila mereka ditanyakan:
"Mengapa kamu berhenti bekerja?"
Mereka menjawab:
"Kami sedang menunggu bahan-bahannya."

Macam mana arkitek & kontraktor nak bina sebuah rumah yang indah & mempersona kalau takde batu-bata, semen & bahan-bahan lain yang diperlukan kan?
Tapi yang bezanya, 'villa' kat syurga
bahan-bahannya tidak memerlukan sebarang charge & tax yang hebat.
Cume perlu zikir je. Tanpa zikir, tiada 'villa' untuk anda di 'sana' nanti.
Kalau zikir separuh-separuh,
kejap-kejap,
kadang-kadang,
ikut mood,
maybe 'villa' tu pun separuh juge agaknye. Ada dinding je.
Tapi takde bumbung, tingkap & pintu yang tercipta ;D

Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu tengah giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.

Ibn Rajab al-Hanbali bercerita,
Suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata:
"Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama 'Villa Kebahagiaan' (Dar al-Surur). Kami telah membina & menghiasinya dengaan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah 7 hari nanti rumah itu akan sempurna dibina."

7 hari kemudian, orang yang soleh itu meningal dunia.

ZIKIR & POHON SYURGA
Hadis ini & beberapa hadis yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat dari zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.

Al-Tirmizi & al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca Subhanallah al-azim wa bihamdihi,
maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar',
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia temasuk aktiviti menuntut ilmu.

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah:
"Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil & bacaan Quran."

Tokoh tabiin yang lain,
bernama 'Ata' bin Abi Rabah berkata:
"Majlis zikir ialah majlis halal & haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji & yang seumpamanya."

WANGIAN DARIPADA PELBAGAI MINYAK WANGI
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:
"Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal & tidak mampu dibeli."

Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih dikandung badan,
sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Tak memerlukan pembiayaan yang banyak. Kalau nak bina sekarang di atas dunia, takde ongkos. Al-maklum kerana masih bergelar seorang student. Lagipun, cukup la sekadar yang mampu & tak perlu untuk terlalu bermewah-mewahan di atas dunia ni sebab rumah tu takkan bertahan lama. Kiamat sudah dekat ;D
Tetapi dengan hanya mengucap tasbih & tahlil,
kita telah menanam pokok di taman-taman syurga yang abadi.

Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk mebangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah & zikir setiap masa.

Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah sangat indah dengan zikir ialahAbdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetapi tidak menghentikan zikirnya. Subhanallah..

Sa'id bin zaid berkata:
"Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi."

Malik bin Dinar berkata:
"Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari."

Masya Allah. Bagaimana pula kita? Bila depan makanan, dalam keadaan yang tersangattt lapar, sampaikan ada yang terlupe nak baca doa before makan. Kalau lupe berdoa before makan, maknanya lupa Allah la tuu. Allah yang memberi nikmat. Sudah la lupa Allah, ajak syaitan makan sekali lagi. Isk Isk. Na'uzzubillah..
Tetapi, Abdullah bin Ghalib, sedangkan dalam perbincangan pun, masih meneruskan zikirnya. Andainya kita terus menerus berzikir, pasti tiada umpatan sesama sendiri akan terjadi..

Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita semua untuk berzikir menyebut nama-Nya agar semakin indah & hijau kediaman kita di syurga Ilahi kelak. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..



Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah berfirman:"Aku bersama  hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku & kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)." (Riwayat Ahmad & Ibn Majah)

Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)

Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)

Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)


Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.

Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.

Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.

.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)


Dipetik dari blog:
http://allahseeker.blogspot.com

Sabtu, 31 Mac 2012

Subhanallah! Air Laut Membeku Tiba-Tiba

Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan di Constanta, Romania tiba-tiba membeku dan mengeras. Kejadian ini sangat luar biasa kerana seolah-olah lautan tersebut berada di kawasan Kutub Utara.
Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba Di Pakistan | Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi.Gambar pelik dibawah merupakan gambar dari sebuah laut yang menjadi beku. Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan. Betul ke Pakistan?? 
Walaubagaimanapun terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. Jom kita tengok kejadian pelik laut misteri yang membuka secara tiba-tiba ini.

Subhanallah! Allah telah menjadikan laut itu beku seperti seolah-olah ia berada di Kutub Utara. Mengikut kajian, kejadian pelik itu berpunca daripada campuran air laut dan air tawar yang kemudian air laut itu bertindak balas menjadi keras. Semuanya adalah atas keizinan Allah SWT.


Jumaat, 30 Mac 2012

Subhanallah! Sungai dalam Laut

Seorang penyelam telah menemui sungai pelik di dalam gua yang berada dalam sungai. Sungai di dalam lautan. Tidak-kah luar biasa bunyinya itu. Maha Suci Allah.
Subhanallah! Sungai Dalam laut (Menakjubkan!) | Di Cenote Angelita Mexico, terdapat gua yang menarik minat para penyelam scuba untuk menerokai dasar gua tersebut kerana di katakan terdapat sungai di dasarnya. Namun begitu, ia bukanlah sungai sebenar. Ia merupakan lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Pada jarak 30 meter ialah air tawar dan apabila lebih dalam ke 60 meter ia akn menjadi lebih masin.




Beberapa meter jauhnya sebelum anda sampai ke bahagian bawah gua itu, anda akan melihat sungai di bawahnya, dengan pokok-pokok dan daun yang terapung di beberapa peringkat cecair. Permandangan yang amat menakjubkan jika anda sendiri yang melihatnya.






Kagum dengan kebesaran kuasa Yang Maha Esa. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya.


Kekuasaan Allah mengatasi segalanya

Selasa, 27 Mac 2012

Bila Si Kecil Jatuh Cinta


Baru-baru ini, saya telah terlihat sebuah iklan di Facebook, tentang Kempen 1 Hari 1 Cerita tentang Rasulullah kepada Anak anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia yang bermula dari 2 hingga 8 Februari 2012 sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Saya amat tertarik dengan iklan tersebut lantas timbul kesedaran di hati saya untuk memperkenalkan Rasulullah kepada anak saya, Khaulah yang berusia 4 tahun. Sebelum ini saya hanya memperkenalkan Allah kepadanya bagi mengajarkan ibadah, adab dan akhlak dalam dirinya.
Saya mulakan dengan membuka kartun “Muhammad Utusan Terakhir” di Youtube. Namun Khaulah agak hilang minat dan asyik bertanya, “Which one is Rasulullah?”. Saya buntu kerana memang benar di dalam kartun tersebut tidak dilukis tubuh badan Rasulullah.
Saya mencuba lagi, dan kali ini saya menyanyikan kepadanya sebuah lagu nasyid kanak-kanak yang sering saya nyanyikan kepadanya sejak dia masih bayi lagi. Lirik lagunya berbunyi:
“Satu, satu, saya sayang Allah.
Dua, dua, sayang Rasulullah.
Tiga, tiga, sayang Umi Abi.
Satu, dua, tiga sayang semuanya.”
Dari lirik lagu tersebut, saya bertanya kepada Khaulah, “do you know who is Allah?” Sambil tersenyum Khaulah menjawab, “Yes”. Kemudian saya bertanya lagi, “do you know who is Rasulullah?” Berkerut dahi Khaulah memikirkan jawapan, “emm.. No,” katanya. Dari situ saya mula memperkenalkan Rasulullah kepadanya.
Saya mengatakan Rasulullah tinggal di Makkah dan Madinah. Kebetulan saya memang selalu memasang cd panduan haji dan umrah di televisyen, jadi Khaulah yang menontonnya bersama saya sudah mengenali keadaan di Makkah. Saya juga pernah menunjukkan lokasi Makkah dalam peta dunia yang tertampal di dinding rumah, jadi dia mengerti betapa jauhnya Makkah dari Vietnam lokasi tempat tinggal kami sekarang.
Kemudian saya juga memberitahu Khaulah bahawa Rasulullah telah meninggal dunia. Terkejut sungguh reaksi pada wajah Khaulah, dan bertanya berkali-kali dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris untuk kepastian, “Rasulullah already die? Die? Mati??” Saya mengangguk dan menunjukkan di peta bahawa Rasulullah wafat di Madinah. Saya menyambung cerita bahawa Rasulullah boleh masuk syurga kerana Rasulullah sangat baik, selalu solat, selalu puasa, selalu senyum, tak marah orang, cakap baik-baik, makan makanan halal. Dan Khaulah menyambung, “ooo, Rasulullah Islam? Pakai tudung?”. Persoalan yang bagus menunjukkan Khaulah sedang bekerja keras menggunakan imaginasinya untuk membayangkan diri Rasulullah. Saya membetulkan, “Yes Rasulullah is a muslim, but he didn’t wear tudung because he is a boy. Boys don’t wear tudung”. “Ooo..” Khaulah mengangguk tanda faham.
Kemudian saya bertanya kepada Khaulah, “do you want to see Rasulullah?” Khaulah mengangguk. Saya sambung, “Then we have to go to syurga. Rasulullah not die anymore in Syurga. Allah take care of Rasulullah, give him drinks and milk from the River in syurga, let Rasulullah eat fruits from the trees, and give nice dress to Rasulullah” Mula lah Khaulah ‘excited‘ dan menyatakan impiannya untuk ke syurga “Khaulah also wants to go to syurga! I want to take fruit like rambutan at Atok’s house. I want to wear Cinderella’s shirt. Can Allah give me Cinderella’s shirt?” Saya hanya senyum dan mengangguk.
Syukur. Anak saya kini telah mengenali Rasulullah. Sekurang-kurangnya dia kini mengerti maksud lafaz syahadah yang disebutkan dalam kehidupannya seharian. Syukur juga Allah telah memudahkan urusan saya untuk memperkenalkan RasulNya kepada anak saya dan menerangkan hati anak saya untuk menerimanya.
Hasil Nukilan:
Nor Hasni Hayati Hanapi,
Aktivis ISMA


Dipetik dari:

Sabtu, 24 Mac 2012

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan


Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka gemar melakukan perkara yang berlawanan dengan arus perdana. Mereka tidak suka dikongkong atau ditahan daripada mencapai cita-cita mereka. Mana-mana kuasa yang cuba menghalang kemaraan mereka pasti akan tumbang dek kerana kuatnya arus deras yang dibawa golongan ini 


Adolf Hitler – Berusia 32 tahun ketika mula memimpin Parti Nazi Jerman pada tahun 1921. Mencapai kemuncak kuasa sebagai Canselor Jerman pada usia 44 tahun apabila partinya menang besar dalam Pilihanraya Jerman tahun 1933.
Islam memandang berat fasa ini dalam kehidupan seorang manusia. Oleh sebab itu, pemuda pada usia begini perlu dihalakan ke tempat yang betul. Allah sendiri memuji pemuda:
“Allah mengagumi pemuda yang tiada pada dirinya as-sobwah (penyelewengan)” (Riwayat Imam Ahmad)
Namun, musuh-musuh Allah sudah pasti mengetahui bahaya golongan ini. Maka, mereka pun berjaya menjinakkan singa-singa ini sehingga hilang taringnya. Jadilah mereka sekarang seperti kijang-kijang pengecut.
Fenomena tunggu dan buat adalah antara penyakit yang melanda generasi muda pendakwah pada hari ini. Satu golongan pemuda lebih gemar berdakwah di depan komputer daripada keluar untuk berjumpa manusia. Mereka hanya bersemangat ketika program dan sejuk selepas tasbih kifarah dan Surah al-Asr. Kemudian menunggu dengan penuh setia program seterusnya bila akan diadakan.
Satu lagi golongan pemuda pula, mereka menganggap seolah-olah saf pendakwah ini mesti sempurna baru dakwah dan tarbiyah boleh berjalan. Mereka hanya tahu mengkritik dan menunggu perubahan itu datang ke riba. Mungkin kita terlupa pesanan as-Syahid Hasan al-Banna: “Barangsiapa yang mencadang, maka dialah yang perlu laksanakan”.


“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)
Seorang khadam bagi dakwah ini akan sentiasa memiliki kemahuan yang tinggi dan tidak pernah padam. Setiap hari dia akan berfikir supaya cahaya Allah ini sampai kepada manusia di luar sana. Lantas dia keluar dari rumahnya, tanpa perlu menunggu arahan untuk dia keluar berdakwah. Bahkan dia sendiri akan berkreatif dengan mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t:
“Tuhanku, sesungguhnya aku berdakwah kepada kaumku siang dan malam. Tetapi seruanku itu tidak menambah iman mereka justeru mereka lari dari kebenaran.” (Nuh: 5-6)
“Lalu aku menyeru mereka secara terang-terangan. Kemudian aku seru mereka secara terbuka dan diam-diam.” (Nuh: 8-9)
Lalu akhirnya, dia menjadi seorang pendakwah yang benar-benar mengesani masyarakat. Dia terkehadapan di rumahnya, pelajarannya, kerjayanya dan keluarganya. Di mana-mana dia bergerak akan berjalan bersamanya fikrah yang dibawa. Dirinya adalah cerminan kepada apa yang didokongnya, Islam yang mulia. Saidatina Aishah apabila ditanya tentang peribadi Rasulullah s.a.w, jawapannya: “Dia adalah al-Quran yang berjalan.”
Kesusahan yang dilalui pemuda untuk melengkapkan diri menjadi pendakwah Islam akan dilalui tanpa banyak persoalan dan alasan. Alasan bagi dirinya adalah istilah bagi orang-orang lemah. Semangat Muhajirin di Mekah akan sentiasa membakar tubuhnya untuk terus menerima tarbiah. Kenapa? Kerana kemahuan dalam dirinya tidak pernah padam.
Saya teringat kisah burung hud-hud yang disebut secara terang lagi nyata di dalam al-Quran. Cahaya kemahuan yang meluap-luap di dalam dirinya telah mendorongnya untuk keluar dari perbarisan Nabi Sulaiman a.s bagi mendapatkan khabar tentang suatu kaum yang tidak bertuhankan Allah yang Esa.
Saya teringat tindakan segera Abu Bakar r.a mengajak enam orang sahabatnya untuk memeluk Islam padahal beliau baru sahaja melafazkan kalimah syahadah.
Saya teringat peribadi Umar Al-Khattab yang sentiasa bertanya dan mempelajari Islam dan dakwah daripada Rasulullah s.a.w atas inisatif beliau sendiri tanpa baginda sendiri meminta beliau berbuat demikian.
Saya teringat pada sang burung kecil yang cuba memadamkan api besar yang membakar tubuh Ibrahim a.s dengan paruhnya yang kecil. Ketika diketawakan tindakannya itu, dia menjawab: “Sesungguhnya aku berlepas diri ya Allah dari tindakan-Mu ke atas kami”.
Saya teringat Mus’ab b. Umair yang hanya berbekalkan beberapa potong ayat al-Quran yang belum sempurna penurunannya, telah mengetuk setiap rumah di Madinah untuk menyebarkan Islam.


Facebook – Fenomena baru yang melanda dunia hari ini. Menurut kajian Nielson Media Research, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih 7 jam sehari pada bulan Januari 2010.
Saya melihat jiwa dan roh kemahuan yang menyala-nyala ini semakin kelam jika kita tidak beringat dari sekarang. Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 46:
“Dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka akan membuat persiapan, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan kemahuan mereka dan dikatakan kepada mereka: Tinggallah bersama orang-orang yang tinggal (lemah)”.
Apabila Sang Singa lupa dirinya dicipta untuk menyerang dan menerkam mangsanya.
Ustaz Izzuddin Selamat,
Ketua Perhubungan,
ISMA-Mesir Cawangan Mansurah