Sabtu, 31 Mac 2012

Subhanallah! Air Laut Membeku Tiba-Tiba

Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan di Constanta, Romania tiba-tiba membeku dan mengeras. Kejadian ini sangat luar biasa kerana seolah-olah lautan tersebut berada di kawasan Kutub Utara.
Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba Di Pakistan | Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi.Gambar pelik dibawah merupakan gambar dari sebuah laut yang menjadi beku. Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan. Betul ke Pakistan?? 
Walaubagaimanapun terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. Jom kita tengok kejadian pelik laut misteri yang membuka secara tiba-tiba ini.

Subhanallah! Allah telah menjadikan laut itu beku seperti seolah-olah ia berada di Kutub Utara. Mengikut kajian, kejadian pelik itu berpunca daripada campuran air laut dan air tawar yang kemudian air laut itu bertindak balas menjadi keras. Semuanya adalah atas keizinan Allah SWT.


Jumaat, 30 Mac 2012

Subhanallah! Sungai dalam Laut

Seorang penyelam telah menemui sungai pelik di dalam gua yang berada dalam sungai. Sungai di dalam lautan. Tidak-kah luar biasa bunyinya itu. Maha Suci Allah.
Subhanallah! Sungai Dalam laut (Menakjubkan!) | Di Cenote Angelita Mexico, terdapat gua yang menarik minat para penyelam scuba untuk menerokai dasar gua tersebut kerana di katakan terdapat sungai di dasarnya. Namun begitu, ia bukanlah sungai sebenar. Ia merupakan lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Pada jarak 30 meter ialah air tawar dan apabila lebih dalam ke 60 meter ia akn menjadi lebih masin.




Beberapa meter jauhnya sebelum anda sampai ke bahagian bawah gua itu, anda akan melihat sungai di bawahnya, dengan pokok-pokok dan daun yang terapung di beberapa peringkat cecair. Permandangan yang amat menakjubkan jika anda sendiri yang melihatnya.






Kagum dengan kebesaran kuasa Yang Maha Esa. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya.


Kekuasaan Allah mengatasi segalanya

Selasa, 27 Mac 2012

Bila Si Kecil Jatuh Cinta


Baru-baru ini, saya telah terlihat sebuah iklan di Facebook, tentang Kempen 1 Hari 1 Cerita tentang Rasulullah kepada Anak anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia yang bermula dari 2 hingga 8 Februari 2012 sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Saya amat tertarik dengan iklan tersebut lantas timbul kesedaran di hati saya untuk memperkenalkan Rasulullah kepada anak saya, Khaulah yang berusia 4 tahun. Sebelum ini saya hanya memperkenalkan Allah kepadanya bagi mengajarkan ibadah, adab dan akhlak dalam dirinya.
Saya mulakan dengan membuka kartun “Muhammad Utusan Terakhir” di Youtube. Namun Khaulah agak hilang minat dan asyik bertanya, “Which one is Rasulullah?”. Saya buntu kerana memang benar di dalam kartun tersebut tidak dilukis tubuh badan Rasulullah.
Saya mencuba lagi, dan kali ini saya menyanyikan kepadanya sebuah lagu nasyid kanak-kanak yang sering saya nyanyikan kepadanya sejak dia masih bayi lagi. Lirik lagunya berbunyi:
“Satu, satu, saya sayang Allah.
Dua, dua, sayang Rasulullah.
Tiga, tiga, sayang Umi Abi.
Satu, dua, tiga sayang semuanya.”
Dari lirik lagu tersebut, saya bertanya kepada Khaulah, “do you know who is Allah?” Sambil tersenyum Khaulah menjawab, “Yes”. Kemudian saya bertanya lagi, “do you know who is Rasulullah?” Berkerut dahi Khaulah memikirkan jawapan, “emm.. No,” katanya. Dari situ saya mula memperkenalkan Rasulullah kepadanya.
Saya mengatakan Rasulullah tinggal di Makkah dan Madinah. Kebetulan saya memang selalu memasang cd panduan haji dan umrah di televisyen, jadi Khaulah yang menontonnya bersama saya sudah mengenali keadaan di Makkah. Saya juga pernah menunjukkan lokasi Makkah dalam peta dunia yang tertampal di dinding rumah, jadi dia mengerti betapa jauhnya Makkah dari Vietnam lokasi tempat tinggal kami sekarang.
Kemudian saya juga memberitahu Khaulah bahawa Rasulullah telah meninggal dunia. Terkejut sungguh reaksi pada wajah Khaulah, dan bertanya berkali-kali dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris untuk kepastian, “Rasulullah already die? Die? Mati??” Saya mengangguk dan menunjukkan di peta bahawa Rasulullah wafat di Madinah. Saya menyambung cerita bahawa Rasulullah boleh masuk syurga kerana Rasulullah sangat baik, selalu solat, selalu puasa, selalu senyum, tak marah orang, cakap baik-baik, makan makanan halal. Dan Khaulah menyambung, “ooo, Rasulullah Islam? Pakai tudung?”. Persoalan yang bagus menunjukkan Khaulah sedang bekerja keras menggunakan imaginasinya untuk membayangkan diri Rasulullah. Saya membetulkan, “Yes Rasulullah is a muslim, but he didn’t wear tudung because he is a boy. Boys don’t wear tudung”. “Ooo..” Khaulah mengangguk tanda faham.
Kemudian saya bertanya kepada Khaulah, “do you want to see Rasulullah?” Khaulah mengangguk. Saya sambung, “Then we have to go to syurga. Rasulullah not die anymore in Syurga. Allah take care of Rasulullah, give him drinks and milk from the River in syurga, let Rasulullah eat fruits from the trees, and give nice dress to Rasulullah” Mula lah Khaulah ‘excited‘ dan menyatakan impiannya untuk ke syurga “Khaulah also wants to go to syurga! I want to take fruit like rambutan at Atok’s house. I want to wear Cinderella’s shirt. Can Allah give me Cinderella’s shirt?” Saya hanya senyum dan mengangguk.
Syukur. Anak saya kini telah mengenali Rasulullah. Sekurang-kurangnya dia kini mengerti maksud lafaz syahadah yang disebutkan dalam kehidupannya seharian. Syukur juga Allah telah memudahkan urusan saya untuk memperkenalkan RasulNya kepada anak saya dan menerangkan hati anak saya untuk menerimanya.
Hasil Nukilan:
Nor Hasni Hayati Hanapi,
Aktivis ISMA


Dipetik dari:

Sabtu, 24 Mac 2012

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan


Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka gemar melakukan perkara yang berlawanan dengan arus perdana. Mereka tidak suka dikongkong atau ditahan daripada mencapai cita-cita mereka. Mana-mana kuasa yang cuba menghalang kemaraan mereka pasti akan tumbang dek kerana kuatnya arus deras yang dibawa golongan ini 


Adolf Hitler – Berusia 32 tahun ketika mula memimpin Parti Nazi Jerman pada tahun 1921. Mencapai kemuncak kuasa sebagai Canselor Jerman pada usia 44 tahun apabila partinya menang besar dalam Pilihanraya Jerman tahun 1933.
Islam memandang berat fasa ini dalam kehidupan seorang manusia. Oleh sebab itu, pemuda pada usia begini perlu dihalakan ke tempat yang betul. Allah sendiri memuji pemuda:
“Allah mengagumi pemuda yang tiada pada dirinya as-sobwah (penyelewengan)” (Riwayat Imam Ahmad)
Namun, musuh-musuh Allah sudah pasti mengetahui bahaya golongan ini. Maka, mereka pun berjaya menjinakkan singa-singa ini sehingga hilang taringnya. Jadilah mereka sekarang seperti kijang-kijang pengecut.
Fenomena tunggu dan buat adalah antara penyakit yang melanda generasi muda pendakwah pada hari ini. Satu golongan pemuda lebih gemar berdakwah di depan komputer daripada keluar untuk berjumpa manusia. Mereka hanya bersemangat ketika program dan sejuk selepas tasbih kifarah dan Surah al-Asr. Kemudian menunggu dengan penuh setia program seterusnya bila akan diadakan.
Satu lagi golongan pemuda pula, mereka menganggap seolah-olah saf pendakwah ini mesti sempurna baru dakwah dan tarbiyah boleh berjalan. Mereka hanya tahu mengkritik dan menunggu perubahan itu datang ke riba. Mungkin kita terlupa pesanan as-Syahid Hasan al-Banna: “Barangsiapa yang mencadang, maka dialah yang perlu laksanakan”.


“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)
Seorang khadam bagi dakwah ini akan sentiasa memiliki kemahuan yang tinggi dan tidak pernah padam. Setiap hari dia akan berfikir supaya cahaya Allah ini sampai kepada manusia di luar sana. Lantas dia keluar dari rumahnya, tanpa perlu menunggu arahan untuk dia keluar berdakwah. Bahkan dia sendiri akan berkreatif dengan mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t:
“Tuhanku, sesungguhnya aku berdakwah kepada kaumku siang dan malam. Tetapi seruanku itu tidak menambah iman mereka justeru mereka lari dari kebenaran.” (Nuh: 5-6)
“Lalu aku menyeru mereka secara terang-terangan. Kemudian aku seru mereka secara terbuka dan diam-diam.” (Nuh: 8-9)
Lalu akhirnya, dia menjadi seorang pendakwah yang benar-benar mengesani masyarakat. Dia terkehadapan di rumahnya, pelajarannya, kerjayanya dan keluarganya. Di mana-mana dia bergerak akan berjalan bersamanya fikrah yang dibawa. Dirinya adalah cerminan kepada apa yang didokongnya, Islam yang mulia. Saidatina Aishah apabila ditanya tentang peribadi Rasulullah s.a.w, jawapannya: “Dia adalah al-Quran yang berjalan.”
Kesusahan yang dilalui pemuda untuk melengkapkan diri menjadi pendakwah Islam akan dilalui tanpa banyak persoalan dan alasan. Alasan bagi dirinya adalah istilah bagi orang-orang lemah. Semangat Muhajirin di Mekah akan sentiasa membakar tubuhnya untuk terus menerima tarbiah. Kenapa? Kerana kemahuan dalam dirinya tidak pernah padam.
Saya teringat kisah burung hud-hud yang disebut secara terang lagi nyata di dalam al-Quran. Cahaya kemahuan yang meluap-luap di dalam dirinya telah mendorongnya untuk keluar dari perbarisan Nabi Sulaiman a.s bagi mendapatkan khabar tentang suatu kaum yang tidak bertuhankan Allah yang Esa.
Saya teringat tindakan segera Abu Bakar r.a mengajak enam orang sahabatnya untuk memeluk Islam padahal beliau baru sahaja melafazkan kalimah syahadah.
Saya teringat peribadi Umar Al-Khattab yang sentiasa bertanya dan mempelajari Islam dan dakwah daripada Rasulullah s.a.w atas inisatif beliau sendiri tanpa baginda sendiri meminta beliau berbuat demikian.
Saya teringat pada sang burung kecil yang cuba memadamkan api besar yang membakar tubuh Ibrahim a.s dengan paruhnya yang kecil. Ketika diketawakan tindakannya itu, dia menjawab: “Sesungguhnya aku berlepas diri ya Allah dari tindakan-Mu ke atas kami”.
Saya teringat Mus’ab b. Umair yang hanya berbekalkan beberapa potong ayat al-Quran yang belum sempurna penurunannya, telah mengetuk setiap rumah di Madinah untuk menyebarkan Islam.


Facebook – Fenomena baru yang melanda dunia hari ini. Menurut kajian Nielson Media Research, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih 7 jam sehari pada bulan Januari 2010.
Saya melihat jiwa dan roh kemahuan yang menyala-nyala ini semakin kelam jika kita tidak beringat dari sekarang. Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 46:
“Dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka akan membuat persiapan, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan kemahuan mereka dan dikatakan kepada mereka: Tinggallah bersama orang-orang yang tinggal (lemah)”.
Apabila Sang Singa lupa dirinya dicipta untuk menyerang dan menerkam mangsanya.
Ustaz Izzuddin Selamat,
Ketua Perhubungan,
ISMA-Mesir Cawangan Mansurah





Jumaat, 23 Mac 2012

CALON SUAMI SOLEH ACUAN AL-QURAN


Kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji-Nya pasti"
Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan..

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim & sayangnya yang tak kekal lama,
kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan.
Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami,
pilihlah seorang lelaki yang..

1-KUAT AGAMANYA
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya.
Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah.
Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.
Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN AGAMA
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti & maruahnya sebagai 
seorang Islam.

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, 
lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara.
Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang,
tetapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli keluarganya.
Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan di dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya..."



.The Beauty of Islam.

Selasa, 20 Mac 2012

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

ANAK YANG SOLEH TEMPATNYA DI SYURGA

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.


Ya Allah Ya Ilahi,
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Al-Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal bin Rabah & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin.

Khas buat Ibu & Ayah:
Ibu Ayah merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini  diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Ibu & Ayah adalah amanat dari Allah yang perluku jaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.


Ibu Ayah,
ku mohon maaf andai diriku masih belum tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Saya miskin harta & tak punya apa. Tetapi, apa yangku ada hanyalah, Allah SWT. Dia kaya & Dia ada segalanya untuk apa yangku tak punya. Kuberdoa moga Ibu Ayah sentiasa berada di dalam lindungan, penjagaan, kasih sayang, cinta & redha Ilahi hingga ke akhirnya. Hanya doa yang mampu kukirimkan tanda ingatan & kasih sayang yang tulus berpanjangan & tiada bertepian.

Ibu Ayah,
Andai diri ini pergi dahulu sebelum Ibu & Ayah, redhailah permergianku. Halalkan segalanya atas segala yang belum kubalasi. Jangan sesekali ditangisi kerana itulah ujian Ilahi tanda Ibu Ayah dicintai Rabbi. Kasih sayang & cinta kalian berdua terhadapku, kudoakan moga dibalas dengan kasih sayang & cinta Ilahi yang abadi. Doakan moga diriku tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Moga Syurga yang Abadi menjadi saksi pertemuan kita kembali setelah berpisahnya jasad kita di dunia yang fana'..
Amiin Ya Rabbal Alamiin
Yang merindu & dirindui,
Anakmu.. 


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya & Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina & terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk & duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?"
kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.




Babi itu dibersihkan & dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan & dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering & dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.



"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.



Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,



aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan.



Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.



Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.



"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.



Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah & ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Allah SWT berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjutan dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Al-Israa', 17: 23)


Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (Muhammad):
“Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu:
Janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan apa pun,
berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa,
janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana miskin.."
(Al-An'am, 6: 151)