Sabtu, 3 September 2011

Keris Dan Kepercayaan Khurafat

KERIS DAN KEPERCAYAAN KHURAFAT


Keris sememangnya begitu sinonim dengan orang Melayu. Ia mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan masyarakat zaman dahulu sebagai senjata utama pendekar dan pahlawan Melayu. Malah, ia juga menjadi identiti sesuatu suku di mana seseorang itu dapat dikenali dari suku atau negeri yang mana hanya dengan melihat rupa bentuk keris yang dipakai.

Pelbagai cerita lagenda tentang keris pernah kita dengar. Antaranya keris Taming Sari di mana siapa sahaja yang menggunakannya tidak akan boleh dikalahkan. Ada juga keris yang diceritakan boleh terbang. Ada juga keris yang diceritakan akan bergegar apabila berlaku sesuatu yang tidak baik. Ada juga pemilik keris atau ahli keluarganya akan ditimpa sakit jika keris itu terbiar atau tidak di 'mandikan' mengikut masa-masa tertentu.

Keris yg didakwa mampu berdiri dengan
sendiri
Secara umumnya keris itu hanyalah besi biasa sahaja. Cuma ia dibentuk menjadi sedemikian rupa mengikut kemahiran tukang besi yang membentuknya. Dihiasi pula dengan ukiran pada hulu keris dengan melambang-lambang tertentu. Tetapi bagaimana keris-keris tersebut dikatakan mempunyai mempunyai hikmat atau kuasa-kuasa yang tertentu?

Ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kepercayaan orang Melayu zaman dahulu. Sama ada pada zaman purba yang berkepercayaan animisma atau pada zaman sebelum Islam di mana kebanyakan mereka menganut agama Hindu. Pada dua zaman ini kehidupan mereka sangat berkait rapat dengan pemujaan dan penyembahan. Maka tidak terkecuali pada keris yang menjadi alat senjata utama ketika itu. Mereka memuja keris untuk mendapatkan hikmat dan kelebihan-kelebihan tertentu. Ini termasuk mengasap kemenyan, membasuh (memandikan) dengan limau dan ada juga yang disemah dengan darah.

Ini sebenarnya adalah kerja-kerja pemujaan jin atau syaitan. Apabila dipuja maka jin atau syaitan akan menjadi khadam kepada keris tersebut. Sebab itulah keris itu dikatakan boleh terbang atau bergerak-gerak sendiri. Ia seolah-olah mempunyai hikmat yang tersendiri dan dapat membantu pemilik keris itu menjadi seorang pendekar terulung yang amat sukar ditewaskan. Tetapi itu semua adalah bantuan makhluk ghaib tersebut. Maka apabila orang sudah mengakui keris ada kuasa-kuasa tertentu maka ia sudah syirik kepada Allah. Inilah matlamat syaitan untuk menyesatkan manusia.

Allahua'lam.

Catatan:

Antara dakwaan berhubung keris ialah:

  • Keris dijumpai terapung ditepi laut.
  • Keris didapati dalam mimpi.
  • Keris boleh berdiri sendiri. 

Dakwaan ini bertarung di persimpangan kebenaran di mana ia dilakukan oleh jin dengan pembohongan di mana ia dilakukan oleh manusia sendiri untuk mencari kepentingan diri.

Ditaip semula dan diubahsuai daripada Kitab JIN,Hakikat & Pengubatan, karangan Ust Ismail Kamus 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan