Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Bacalah ayat diatas apabila terasa diganggu oleh jin |
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah Rabbul Jalil untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Allahua'lam.
(Ditaip semula dan diubah suai daripada Kitab Jin: Hakikat & Pengubatan karangan Ustaz Ismail Kamus)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan