Selasa, 27 September 2011

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia (PSSGMM)

Perhatian! 

Kepada yang berminat ingin mempelajari Seni Silat Gayong Maa'rifat (PSSGMM), gelanggang berdaftar di Surau Permatang Manggis, Kepala Batas, Pulau Pinang (bagi N.Penang) pd setiap Jumaat mlm, jam 9-12. Diijazahkan drpd YTM Yang Dipertuan Besar Panji Alam, Guru Utama/Pengasas/ketua Dewan Perguruan dan Adat Istiadat PSSGMM Antarabangsa melalui jarak jauh.


Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Gurulatih Datuk Panglima Setia Azman Mohd Nor, Imam Perang Kedah di talian 0124209094 @ Akmal (0175573321) @ saya sendiri (0179170722).
Untuk pengetahuan umum, PSSGMM merupakan salah sebuah silat tua yang bernaung di bawah organisasi Mahkota DiRaja Pahang. Bayaran sebagai ahli dibawah umur 18 tahun - RM60 manakala 18 tahun ke atas RM300 seumur hidup.

Dalam mengharungi dunia kian mencabar,ditambah pula dengan kes-kes jenayah yang semakin meningkat, adalah wajar kita mempelajari seni mempertahankan diri sebegini dalam usaha menyelamatkan diri dan keluarga daripada segala mara bahaya disamping dapat mempertahankan agama, bangsa dan negara serta yang terpenting, dapat mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.

Allahua'lam.

(saya yang menjalankan amanah)

Pengijazahan 

Penulis ketika di restoran bersama-sama yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan